🌟 LH Surge (Luteinizing Hormone Surge)
• LH ialah hormon yang mencetuskan ovulasi (telur keluar dari ovari)
• LH Surge = hormon LH naik mendadak selama 24–48 jam (paling biasa sehari shj)
• Bila LH naik, ia menandakan ovulasi hampir berlaku
• Biasanya ovulasi berlaku 12–36 jam selepas LH Surge
• Masa paling subur = selepas LH tinggi / ketika puncak LH
👉 Gunakan OPK untuk kesan LH Surge, masa ni OPK akan bagi jawapan +ve. Sebab tu OPK paling tepat untuk menganggar ovulasi bagi kebanyakan wanita (yang tiada sebarang isu kesuburan).
🌟 DPO (Days Past Ovulation)
• DPO ialah kiraan berapa hari selepas ovulasi
• Contoh: Ovulasi hari Isnin → esoknya = 1 DPO
• Pada waktu ini telur sudah dilepaskan dan mungkin sudah disenyawakan
• hCG belum naik, jadi kebiasaannya UPT belum positif
🌟 2WW (Two-Week Wait)
• 2WW ialah tempoh menunggu selepas ovulasi sehingga tarikh haid seterusnya (luteal phase)
• Rata-rata bermula dari hari 1 DPO hingga 14 DPO
• Dalam tempoh ini, jika berlaku persenyawaan → embrio mula melekat (implantation)
• Simptom awal mengandung belum tepat pada awal minggu pertama
• UPT paling tepat selepas 12–14 DPO (kerana hCG sudah cukup tinggi)
👉 Kesimpulan
| Istilah | Maksud Paling Ringkas |
|---|---|
| LH Surge | tanda ovulasi akan berlaku dalam masa terdekat |
| DPO | hari selepas ovulasi |
| 2WW | tempoh menunggu sebelum UPT tepat |


