TTC DGN OPK

Mudahnya Guna OPK

Vitamin & Mineral Yang Membantu Kesuburan

31/10/2023 Ovulation Test (OPK) 0

Bagi wanita yang haid tak bermasalah dengan kitaran tetap, mencari waktu subur bukanlah sesuatu yang sukar. Sebaliknya, jika haid datang tak menentu serta tak boleh dianggar, pendarahan yang tersekat-sekat sehingga susah nak kenalpasti haid atau istihadhah, usaha mengenalpasti waktu subur tu akan sedikit mencabar. Gangguan hormon akan bagi kesan kepada kitaran haid.

Antara punca gangguan hormon adalah stress, kenaikan berat badan, kurang tidur, PCOS dan sebagainya. Akak sendiri walau dah 40-an dan buka ttcian, masih lagi perlu memastikan hormon dalam keadaan baik sebab ia sangat mempengaruhi emosi dan kesihatan kita secara menyeluruh. Berikut adalah supplement yang boleh diambil sebagai ikhtiar memperbaiki hormon, yang mana secara tak langsung memperbaiki kitaran haid agar mudah untuk mencari waktu subur dengan OPK.

Jika ditanya mana satu produk ikhtiar hamil yang bagus, akak memang takde sebarang rekomendasi. Pemakanan yang baik perlu digabungkan dengan gaya hidup yang sihat ¬ berat badan seimbang, senaman berkala, tidur yang mencukupi, dan jauhi stress. Akak pernah tanya doktor “saya boleh kawal apa saya makan, tapi macam nak urus stress, ada masa hidup kita sendiri OK je, tapi orang lain yang sumbang stress tu?”. Doktor jawab simple je, “bersenam, ia akan buat u rasa happy”. Terbukti, senaman dapat aktifkan hormon gembira, secara tak langsung kita dapat atasi stress tu, percayalah jadi manusia yang positif akan buat hidup kita lebih bermakna. InsyaAllah mudah nak jumpa +ve OPK & +ve UPT (biiznillah)

Seseorang pernah berkata pada akak yang proses TTC ni makan modal, semua rekomendasi produk ikhtiar zuriat mahal-mahal belaka. Tenang adik-adik, buatlah sesuatu dengan ilmu, pasti hasilnya lebih baik. Jangan ikut-ikut orang, kenali masalah diri sendiri, baru fokus cari jalan penyelesaian. Jika sudah usaha sendiri masih tak berhasil, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Vitamin B Complex

B Complex adalah sekumpulan nutrien dari keluarga Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5 & B12 yang sangat penting dalam menjalankan fungsi tubuh. Pengalaman akak sendiri bila anak perempuan sendiri bermasalah haid. Dia mula datang haid pada umur 12 tahun, dan kitaran biasanya 40-60 hari. Pada umur 14 tahun, haid dia dah mula skip untuk 3 bulan, dan jerawat juga sangat aktif. Selepas mengamalkan B Complex, haid mula teratur dengan kitaran 30-35 hari sahaja dan kulit muka mula pulih. Kami sekeluarga amalkan jenama Hovid yang sangat murah, di farmasi sepapan cuma RM1, sekotak 10 papan RM10 utk kegunaan 50 hari, jimat kan. Betul ke B Complex naikkan selera makan? Jujurnya bg akak, Ye. So kena kawal selera anda ye.

Calcium Magnesium Zinc

Ini adalah vitamin terpaling favourite akak, bolehlah dipanggil ubat penenang. Disamping menjaga kesihatan tulang, ia juga sangat membantu dalam mengatasi anxiety, kemurungan dan mendapatkan tidur yg lena. Ingat, stress dan tidur yang tak berkualiti sangat menjejaskan hormon. Banyak jenama murah dengan harga berpatutan, pilih aje yang anda berkenan.

Fish Oil

Minyak Ikan adalah asid lemak baik yang membantu mengurangkan keradangan dan memperbaiki hormon. Yang paling best, ia jugak membantu mengatasi simpton PMS seperti kembung perut, cramping dan mood swing. Memandangkan kami sekeluarg makan supplement yang sama, jadi beli botol besar terus, harga ekonomi.

Like Jika Suka & Share Jika Bermanfaat ❤️
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.