Fahami Fasa Subur & Timing BD

Fahami Fasa Subur & Timing BD

16/11/2025 Tips TTC 0

Ramai pasangan TTC sebenarnya subur, cuma mereka tersasar timing.
Dalam TTC, timing adalah faktor paling besar menentukan peluang hamil — lebih penting daripada posisi, kekerapan, atau apa yang dimakan.

1. Apa sebenarnya “fertile window”?

Fertile window = tempoh yang wanita paling berpotensi hamil dalam satu kitaran.

Tempoh ini berlangsung selama:

➡️ 6 hari sahaja setiap cycle

5 hari sebelum ovulasi
(kerana sperma boleh hidup 3–5 hari dalam rahim & serviks)

1 hari semasa ovulasi
(telur hanya hidup 12–24 jam)


👉 Jadi hanya 6 hari dalam sebulan yang betul-betul penting.

2. Kenapa timing 5 hari sebelum ovulasi sangat penting?

Sebab sperma perlu sampai dulu sebelum telur keluar.

Kajian menunjukkan peluang hamil adalah paling tinggi bila BD dilakukan:

Sehari sebelum ovulasi (highest chance)

Hari ovulasi (high chance)

Dua hari sebelum ovulasi (still high)

Jika BD selepas telur mati, peluang = 0%, walaupun OPK cantik.

3. Bagaimana nak pasti bila fertile window bermula?

a) Guna OPK (kaedah paling tepat untuk TTC rumah)

Bila OPK +ve → LH surge berlaku

Ovulasi biasanya 24–36 jam kemudian


Jadi fertile window adalah:

-2 hari sebelum +ve

-Hari +ve

-1 hari selepas +ve

*****PALING KRITIKAL UNTUK USAHAKAN BD ADALAH PADA HARI +VE OPK DAN HARI BERIKUTNYA.


b) Tengok cervical mucus (CM)

CM jernih, licin, stretchy = tanda estrogen tinggi

Biasanya muncul sebelum LH surge

Ini adalah “jalan raya basah” yang sperma perlukan untuk bergerak laju


c) Track cycle

Untuk cycle stabil, ovulasi selalunya:

12–16 hari sebelum haid seterusnya
(tidak semestinya hari ke-14 ya!)


4. Berapa kerap perlu BD dalam fertile window?

Paling disyorkan oleh pakar kesuburan:

BD setiap 2–3 hari sekali sepanjang minggu subur
ATAU

BD hari OPK +ve & esoknya


Kenapa bukan hari-hari?

Sebab:

Sperma perlukan masa 24–48 jam untuk pulih kepada kualiti optimum

BD terlalu rapat (contoh: 3 kali sehari) tidak meningkatkan peluang


BD 2–3 kali seminggu pun sudah cukup untuk menangkap fertile window.

5. Kesilapan paling ramai pasangan buat

❌ Fokus pada hari ovulasi sahaja
❌ Ingat ovulasi mesti hari ke-14
❌ Test OPK lewat (sepatutnya start test awal)
❌ Tak perasan CM subur
❌ BD terlalu kerap sampai sperma penat

Ringkasan

Peluang hamil hanya tinggi 6 hari sebulan

OPK +ve = ovulasi akan berlaku 24–36 jam lagi

BD terbaik → sebelum ovulasi, bukan selepas

CM subur = petanda fertile window sedang buka

Timing BD lebih penting daripada posisi & kekerapan

Like Jika Suka & Share Jika Bermanfaat ❤️
fb-share-icon
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.