Bila Perlu Stop Test OPK
⭐ BILA PERLU STOP TEST OPK
1) Stop test OPK selepas dapat +ve /peak
OPK dicipta untuk mengesan LH surge, iaitu tanda ovulasi hampir berlaku.
Bila strip dah bagi +ve → misi OPK dah selesai.
Tak perlu tunggu dia jadi –ve semula.
Kenapa?
Sebab tubuh ovulate bila hormon siap sedia, bukan bila warna strip pudar.
Test lepas tu (–ve atau tidak) tak ubah timing ovulasi.
⭐ 2) Kenapa tak perlu tunggu OPK –ve untuk kira DPO?
Ramai fikir ovulasi berlaku bila garis jadi –ve kembali.
Ini salah faham yang sangat biasa.
Fisiologi sebenar:
Bila dapat +ve OPK (first +ve paling penting)
→ ovulasi dijangka berlaku 12–36 jam selepas itu
Jadi esoknya AUTOMATIK dikira 1DPO,
bukannya tunggu warna pudar.
Contoh:
Hari Isnin: +ve OPK
Hari Selasa: 1DPO
Hari Rabu: 2DPO
Simple & tepat. Tak perlu tunggu strip “hilang warna”.
⭐ 3) Bila nak test UPT?
HCG hanya mula naik selepas implantasi, biasanya 6–10 DPO. Fasa ni hanya ujian darah (beta hCG dapat sahkan, untuk orang awam tak perlu buat kecuali atas nasihat doctor). Dah usaha sehabis baik, yakin je tunggu masanya, jika Allah dah tulis rezeki tu ada, tiada siapa dapat menghalang.
✔️ Utk home test UPT, dinasihatkan lebih tepat jika tunggu 12–14 DPO untuk elakkan harapan palsu.
⭐ 4) Kenapa OPK tak boleh sahkan kehamilan?
Ini satu mitos besar di TikTok.
OPK mengesan LH, bukan HCG.
Walaupun ada sedikit “cross-react”, ia tak tepat dan boleh mengelirukan.
Risiko guna OPK untuk sahkan hamil:
Garis OPK memang boleh terang-gelap ikut baseline LH
Ramai salah faham → fikir hamil
Padahal OPK tak direka untuk kesan kehamilan
UPT jauh lebih sensitif & spesifik kepada HCG
Kesimpulan:
OPK = Untuk kesan LH surge (pra-ovulasi)
UPT = Untuk sahkan kehamilan
Dua hormon berbeza, dua fungsi berbeza.
⭐ 5) Kenapa tak penting tengok progression OPK selepas ovulasi?
Selepas ovulasi, LH memang turun naik sikit.
Kalau test OPK dalam luteal phase (2ww):
– Kadang terang sikit
– Kadang pudar
– Kadang naik mendadak tanpa sebab
Dan semua ini TIADA kaitan dengan hamil atau tidak.
Sebab tu progression OPK tak ada nilai diagnostik.
Yang penting hanyalah:
📌 +ve OPK pertama
📌 Timing BD pada hari itu & esoknya
📌 Tunggu tempoh DPO dengan tenang
⭐ Ringkasan paling mudah
+ve OPK → BD → Stop OPK → Kira DPO → Test UPT 12–14 DPO.
Itu saja.
Tak perlu kumpul strip sampai sebulan. Tak perlu cari pattern luar biasa.