Cara Guna OPK
🌸 CARA GUNA OPK (LANGKAH DEMI LANGKAH)
Panduan rringkas, mudah, dan tidak mengelirukan.
✅ 1. Tentukan Hari Pertama Untuk Mula Test

Gunakan formula paling selamat:
Kitaran 26–32 hari (regular)
➡️ Mula test hari ke-10 kitaran.
Kitaran tak tetap / panjang / pendek
➡️ Mula lebih awal, hari ke-7 atau ke-8 atau sebaik haid bersih dan mandi wajib. Jika lari terlalu jauh contoh rekod 6 kitaran lepas 26 hingga 48 hari, guna kitaran paling pendek sebagai penentuan mula ujian OPK.
(Hari pertama, cd1 = hari pertama period turun ikut hukum fekah.)
✅ 2. Masa Terbaik Untuk Buat Test
Hormon LH naik belah petang.
👉 Valid test 10pg – 8 mlm, contoh pilih 1 petang, maka setiap hari konsisten masa yang sama.
👉 Elakkan first morning urine (FMU)
Jika haid tak boleh di anggar, warna T-line nampak 95% hampir sama dengan C-Line, boleh test:
👉 2 kali sehari (contoh 10 pagi & 8 malam, 12 tgh hari & 6 ptg). Maksudnya anda tak tunggu 24 jam untuk waktu rutin test, kerana dikhuatiri terlepas LH surge.
✅ 3. Cara Guna OPK Dengan Betul
Langkah paling tepat:
1️⃣ Kumpul urin dalam cawan bersih. Pastikan puasa air minimum 2 jam sebelum test.
2️⃣ Celup OPK sehingga paras MAX LINE
3️⃣Celup selama 10 saat
4️⃣ Angkat strip ujian, letak di atas permukaan rata
5️⃣ Tunggu 5 minit, baca hasil keputusan masa ni
6️⃣ Bandingkan line test dengan line control
⚠️ Jangan goyang test ketika basah
⚠️ Jangan celup melebihi max line
⚠️ Jangan baca keputusan selepas masa yang ditetapkan (bimbang evap)
✅ 4. Cara Membaca Keputusan
Bandingkan line “T” (test) dengan line “C” (control).
✔ NEGATIF
T-Line test pudar
➡️ Belum subur, teruskan test setiap hari.
✔ HAMPIR POSITIF
Line test makin gelap berbanding hari sebelumnya, 95% hampir sama gelap
➡️ LH sedang naik, ovulasi makin dekat.
✔ POSITIF (LH SURGE)
T-Line test sama gelap dengan C-Line
➡️ Inilah waktu paling sesuai untuk mula BD.
✔ PEAK
T-Line test lebih gelap dari C-Line.
➡️ Tak wajib cari untuk kebiasaan wanita, TAPI jika anda ada masalah tertentu seperti PCOS, LH tak stabil, kes haid tak teratur ~ LH peak ni sangat menentukan anda sedang dalam fasa LH surge sebenar.
CONTOH BACAAN -VE (NEGATIF)
CONTOH BACAAN +VE (POSITIF)
TAK PERLU PENING MEMBANDINGKAN INTENSITY TEST LINE YANG SAMAR KERANA OPK TIADA PROGRESSION LINE, SELAGI MASIH -VE, TERUS TEST
✅ 5. Bila Perlu Bersama (BD) Untuk Peluang Maksimum
Paling tepat untuk TTC:
👉 Hari pertama OPK positive
👉 + 1 hari selepas positive**
Tak perlu tunggu OPK negatif semula.
✅ 6. Berapa Hari Perlu Teruskan Test?
➡️ Hentikan selepas anda dapat positive / peak.
➡️ Tak perlu test sampai line pudar balik.
OPK hanya untuk cari sebelum ovulasi,
bukan selepasnya.
✅ 7. Kesilapan Yang Perlu Elakkan
❌ Test waktu pagi sebaik bangun tidur
❌ Celup melebihi max line, atau tinggalkan strip berendam di dalam air kencing
❌ Baca keputusan selepas masa yang ditetapkan
❌ BD terlalu lewat tunggu OPK negatif balik
❌ Harapkan sekali test saja, atau ikut anggaran di menstrual apps
❌ Tak consistent test setiap hari, ikut suka free








