Soalan Lazim UPT
1. Apa itu UPT?
UPT mengesan hormon hCG dalam urin selepas implantasi berlaku atau erti kata lain sebagai penguji kehamilan.
2. Bila masa terbaik buat UPT?
Hari period sepatutnya datang atau 12–14 DPO.
3. Perlu guna urin pagi?
Ya. Untuk awal kehamilan FMU paling tepat.
4. Kenapa garisan samar?
hCG rendah (awal kehamilan). Normal.
5. Negatif tapi rasa hamil?
Mungkin ovulasi lewat. Ulang selepas 48–72 jam.
6. Boleh dapat positif palsu?
Jarang. Biasanya sebab ubat kesuburan atau test expired.
7. Bila baca keputusan?
Dalam masa 5 minit.
8. Garisan samar muncul selepas 10 minit — hamil ke?
Tidak. Itu evap line.
9. Negatif bila nak ulang?
Jika yakin bila berovulasi, memadai ulang test berselang 2 hari. Tapi jika anda wanita yang berkeadaan haid tak teratur, juga tak pasti bila ovulasi, tiada penentuan yang boleh dikira secara tepat bila perlu test.
10. Test mahal vs murah?
Sama tepat jika sensitiviti sama.
11. UPT boleh rosak?
Ya jika expired atau terdedah kepada panas/lembap.
12. Bila boleh scan?
6 minggu (LMP) — waktu ini kantung biasanya kelihatan. 14dpo + 2 minggu
13. UPT positif tapi scan kosong?
Implantasi lewat atau chemical pregnancy.
14. UPT samar berhari-hari?
hCG naik perlahan. Rujuk doktor jika tiada perubahan.
15. OPK positif tapi UPT negatif?
OPK akan ada konflik hormon jika mengesan hCG dalam urine, tapi in bukanlah bermaksud anda perlu bergantung kepada OPK bagi mengesan kehamilan di peringkat awal. Mula kesan seawall 12dpo pun dah dikira sangat awal. Ulang ujian UPT berselang beberapa hari dan sekiranya T-line making gelap, ianya petanda yang bagus.
16. Boleh guna UPT waktu malam?
Boleh jika lebih 5 minggu (hCG tinggi).
17. Berapa lama rendam?
10 saat ikut arahan jenis UPT ang anda guna.
18. Rendam lama sangat?
Keputusan invalid.
19. UPT detect chemical pregnancy?
Ya. Garisan positif → makin pudar → negatif semula.
20. Keputusan berubah selepas beberapa jam?
Itu evaporation line.