Wajib Cari Peak +ve OPK
Ramai fikir OPK hanya sah bila garis test lagi gelap daripada control (peak).
Hakikatnya… KURANG TEPAT.
Untuk wanita normal tanpa isu kesuburan, jumpa +ve (T-Line sama gelap dengan C-Line) pun sudah memadai untuk mengesahkan LH surge berlaku.
1️⃣ OPK mengesan LH, bukan ovulasi
OPK detect kenaikan hormon LH → hormon yang merangsang ovulasi.
Ovulasi biasanya berlaku dalam 24–36 jam selepas LH surge.
Yang penting:
✔️ LH SURGE berlaku
bukan semestinya
❌ Peak cantik wajib T-Line lebih gelap
🧠 2️⃣ LH setiap wanita berbeza — tak semua akan tunjuk “peak” pekat
Jadi jika test line sama gelap dengan control, itu sudah dikira +ve (LH surge berlaku).
🔍 3️⃣ Peak bukan syarat ovulasi — ini hanyalah istilah aplikasi
Dalam aplikasi:
“Peak” = tahap LH paling tinggi dalam cycle.
“Positive” = garis test sama/hampir sama dengan control.
Secara saintifik:
Kedua-duanya adalah tanda ovulasi akan berlaku.
Tidak perlu kejar “peak”.
Tidak perlu sedih atau runsing jika anda tak pernah jumpa peak.
🌸 4️⃣ Wanita normal tanpa isu kesuburan memadai jumpa +ve shj
Jika kitaran normal dan hormon stabil:
✔️ Jumpa satu +ve = cukup untuk time-kan BD
✔️ Tidak perlu peak
✔️ Tidak perlu test 7–8 kali sehari
✔️ Tidak perlu stress kejar “garis paling gelap”
Timing subur tetap sama:
BD pada hari +ve dan 1 hari selepas +ve.
📊 5️⃣ Bila peak penting? (Hanya untuk kes tertentu)
Peak lebih penting jika:
PCOS
LH surge sangat pendek
Kitaran tak teratur, LH tak stabil
Pernah missed ovulation
Tempoh subur sukar diramal
Dalam kes sebegini, peak membantu tracking lebih tepat.
Tapi bagi wanita normal → +ve already enough.
⭐ Ringkasan
❌ Mitos: OPK mesti peak gelap pekat baru subur.
✅ Fakta: +ve saja sudah tanda LH surge berlaku.
🎯 Ovulasi dijangka dalam 24–36 jam selepas +ve — peak tidak wajib.
💡 Wanita biasa (tanpa isu kesuburan) tak perlu stress kejar peak.