Ovulation Test / OPK / Test Subur
OPK (Ovulation Predictor Kit) ialah alat ujian yang digunakan untuk mengesan hormon LH (Luteinizing Hormone) di dalam urin. Hormon LH akan naik dengan mendadak sebelum ovulasi. Bila OPK menunjukkan keputusan positif, itu bermakna tubuh sedang bersedia melepaskan telur (ovum) dalam masa 12–36 jam (@ 24-36 jam, tak perlu didebatkan hal ni kerana yang penting anda berada di fasa 2 hari PALING BERPOTENSI HAMIL, fahamkan konsep tu cukup).
Dengan kata lain, OPK membantu wanita mengenal pasti hari paling subur dalam kitaran haid—masa inilah peluang untuk hamil adalah yang paling tinggi.
🩺 Bagaimana OPK Berfungsi?
Setiap wanita menghasilkan hormon LH setiap hari.
Menjelang ovulasi, LH akan meningkat secara mendadak — dipanggil LH surge.
OPK mengesan kenaikan LH ini melalui urin.
Bila T-line OPK sama gelap atau lebih gelap dari C-line → itu LH peak.
LH peak = telur hampir dilepaskan → masa terbaik untuk bersama.
🕒 Bila Masa Tepat Untuk Guna OPK?
Panduan Cara Guna OPK, refer sini
🌸 Kenapa OPK Penting Untuk Wanita TTC?
Tingkatkan peluang hamil sebab tahu waktu tepat untuk bersama.
Sangat membantu bagi wanita yang:
✔ haid tidak teratur
✔ baru lepas stop perancang
✔ sukar kenalpasti sendiri tanda-tanda ovulasi
✔ ingin tengok pola hormon setiap cycle
OPK lebih tepat berbanding kiraan kalendar kerana setiap wanita ovulasi pada hari berbeza setiap bulan. Aplikasi menstrual hanya akan terlihat tepat jika “kebetulan” hormon anda bagi kerjasama yang baik dan ikut kebiasaan kitaran haid yang lepas, tapi sekiranya hormon semasa berubah, maka kitaran haid juga berubah. Jika itu berlaku, kiraan hari ovulasi dan jangkaan haid juga tak on point seperti di aplikasi. Rasa haid dah lambat/delay tapi UPT negatif? Hakikatnya memang tak hamil dan anda bukan berovulasi pada hari yang telah ditanda pada aplikasi.
⚠️ Perkara Yang Boleh Menjejaskan Keputusan OPK
Urin terlalu cair (minum air banyak sebelum test)
PCOS (wanita PCOS selalu ada LH tinggi → OPK mudah positif)
Test expired / terdedah kepada haba
Melakukan test pada waktu pagi (LH rendah), atau tidak konsisten buat pada waktu rutin.
❤️ Kesimpulan
OPK ialah cara paling mudah dan tepat untuk mengenal pasti hari subur.
Bila OPK positif → itu masa terbaik untuk bersama kerana ovulasi akan berlaku dalam tempoh 12–36 jam.