FAQ OPK
1. Apa itu OPK?
OPK ialah kit untuk mengesan hormon LH dalam urin. LH naik sebelum ovulasi, jadi OPK sangat membantu kita mengenalpasti waktu subur dengan lebih baik.
2. Bila waktu terbaik guna OPK?
2–5 hari sebelum jangkaan subur bagi keadaan kitaran haid wanita yang boleh dianggar. Test 1–2 kali sehari. Bagi haid yang tak teratur, pencarian waktu subur tu mungkin akan jadi lebih lama dan panjang
3. Waktu paling tepat test OPK?
10 pagi – 8 malam kerana LH biasanya naik waktu siang.
4. Cara baca OPK?
Positif: T-line sama gelap atau lebih gelap daripada C-line.
Negatif: T-line lebih pudar dari C-line.
5. Bila ovulasi selepas OPK positif?
Dalam 12–36 jam.
6. Kenapa T-line selalu samar?
Biasanya sebab urin cair, minum air banyak, atau test terlalu awal, bukan waktu subur. Sesuatu yang anda kena maklum, test line samar tu boleh dapat sepanjang masa memandangkan hormon LH sentiasa ada dalam badan.
7. Kenapa OPK saya positif berhari-hari?
LH surge panjang atau tanda hormon tak stabil. Wanita PCOS juga kerap dapat OPK kuat berulang.
8. Perlu test waktu pagi guna air kencing pertama sebaik bangun tidur?
Tidak. LH rendah waktu pagi.
9. Minum air banyak ganggu OPK?
Ya. Urin cair (dilute)→ T-line pudar.
10. OPK boleh positif masa hamil?
Boleh, kerana LH & hCG hampir sama struktur. TAPI BUKAN BERMAKSUD BOLEH GUNA OPK UNTUK UJI KEHAMILAN.
11. Kenapa OPK tak pernah gelap?
LH surge mungkin pendek atau rendah. Normal bagi sesetengah wanita.
12. Kitaran tak tetap, bila mula OPK?
Bergantung rekod kitaran haid anda; contoh simpan rekod 6 bulan, ambil kitaran paling pendek sebagai penentuan mula test. CONTOH 26-40 hari, mula test OPK cd10.
13. Keputusan OPK dibaca lewat boleh percaya?
Tidak. Tunggu keputusan keluar, dan biasakan di baca pada minit ke-5 (paling tepat) atau paling lama 10 minit.
14. OPK murah vs mahal?
Ketepatan sama. Yang beza hanya harga dan jenama. Produk kami dari pengeluar yang bereputasi.
15. OPK detect PCOS?
Tidak, tetapi wanita PCOS selalu dapat T-line kuat berulang sehingga ada masanya sukar membaca keputusan OPK dengan tepat. Jadi anda kena sahkan dengan TVS scan bagi melihat size telur.
16. LH peak sebenar macam mana?
T-line paling gelap dalam cycle itu. Mencari peak yang mana T-Line lebih gelap bukan wajib, memadai positif yang mana kedua-dua line sama gelap.
17. Perlu BD masa OPK samar?
Terpulang, tiada peraturan ketat dengan jawapan YA atau TIDAK. Sperma boleh bertahan lama dalam badan wanita, jadi nak bersama pun takde masalah.
18. OPK positif tapi tak ovulate?
Boleh. Keadaan ini dipanggil LUF.
19. Perlu test OPK berapa hari?
Biasanya 5–7 hari jika haid anda tetap dan kitaran tak lari dari kebiasaan. Tapi boleh bawa sehingga berminggu untuk keadaan haid yang tak teratur.
20. Kenapa T-line hilang selepas beberapa jam?
Itu evaporation line. Baca dalam masa 5–10 minit sahaja.