Secara mudah faham, setiap bulan datang haid, makanya setiap bulan ada waktu subur, dan insyaAllah setiap bulan ada telur matang, berovulasi dan berpeluang untuk hamil. Sebaliknya jika anda mengalami keadaan haid yang tidak tetap, kitaran berubah-ubah jadi di situ menunjukkan anda tak berovulasi pada timing yg sama di setiap cycle. Penentuan bila kita berovulasi tak semudah merujuk kepada kiraan di mestrual apps, CONTOH SITUASI : anda set di apps cycle 28 hari, jadi kiraan ovulasi pada cd14, dan due period di cd28.
Kemudian, di cd30 anda belum didatangi haid, tapi hasil test UPT result -ve. Tunggu punya tunggu, cd35 pun haid belum muncul dan UPT masih -ve, masa ni mesti rasa dah delay seminggu kan? Hakikatnya anda tak hamil, dan mengalami cycle panjang. Selalu terjadi, daripada tertunggu2 haid datang, rupanya subur pun belum lagi (kes cycle panjang 40 hari ke atas).
Haid dan waktu subur ni mmg berkadaran secara langsung. Cycle yang anda subur awal, akan jadi pendek, dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, ia tidaklah semudah mengambil kiraan purata beberapa cycle lepas sebagai tentu ukur untuk mula test OPK. CONTOH ; anda ada set pattern seperti berikut ; 25, 28, 22, 40, 32, 25 ~ kat sini ada cycle pendek & panjang, jadi langkah paling selamat adalah test seawal bersih haid.
Test OPK mudah sahaja, asal anda baca dengan betul. Selamat ber-OPK.



