Ovulation / LH / OPK / Test Subur

- Ujian ovulasi adalah untuk mengesan Luteinizing Hormone dalam air kencing, membantu meramal masa ovulasi, dan puncak kesuburan.
- Cepat, tepat keputusan dalam 5 minit
- Mudah digunakan – hanya dip strip ke dalam sampel urin
- Ketepatan sehingga 99.99% tepat
- Earliest detection with greatest sensitivity
Sila baca dan fahami cara penggunaan
Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil “LH surge” dan mendahului ovulasi. Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas “LH surge” (hanya sekadar teori, realitinya dpt +ve terus usaha, jgn menunggu² 24 @ 36 jam). Ujian Ovulasi LH direka khusus untuk mengesan “LH surge” – petanda berovulasi dalam masa terdekat. +ve OPK bermaksud anda berada dalam fasa yang paling subur dan ready for BD!
Penyediaan
Collect sample air kencing pada masa yg sama setiap kali ujian, dalam jangka waktu pukul 10pg – 8 malam. Jangan guna sample air kecing yg pertama di waktu pagi (spt ujian HCG pregnancy). Pastikan menggunakan bekas yg kering dan bersih
Prosedur Ujian
langkah 1 – Bila Masa Yg Sesuai Perlu Mulakan Ujian
Tentukan panjang kitaran haid. Panjang kitaran haid adalah bilangan hari dari hari pertama pendarahan haid untuk hari sebelum pendarahan bermula pada tempoh seterusnya. Bahasa mudah hari pertama period bulan ni ke sehari sblm dtg period bln depan = tempoh panjang kitaran haid
Tentukan panjang biasa kitaran haid sejak beberapa bulan lepas (mesti rekod). Kemudian, rujuk kepada Ovulation Calendar Cycle Chart di bawah untuk menentukan di mana hari kitaran haid untuk memulakan ujian. Jika kitaran anda adalah kurang daripada 21 hari atau lebih daripada empat puluh hari, berjumpa dengan doktor.

Langkah 2 – Melakukan Ujian
1) Untuk memulakan ujian, keluarkan strip daripada foil. Nota Penting : waktu yg sesuai tgh hari – menjelang mlm. Buat ujian pada waktu yang sama setiap hari. Sangat penting untuk tidak minum terlalu banyak air kerana ia akan mempengaruhi keputusan ujian.
2) Celup strip ke dalam sample air kencing selama 5 saat. Jangan melebihi max line, jika tidak, ujian tidak sah
3) Pastikan strip dalam keadaan menegak, selepas 5 saat, angkat dan baringkan strip di atas tempat yg kering dan bersih.
4) Tunggu garisan berwarna untuk muncul. Bergantung kepada kepekatan LH dalam spesimen ujian, hasil yang positif boleh diperhatikan sepantas 40 saat. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan keputusan negatif, masa tindak balas yang lengkap 10 minit diperlukan.

Tafsiran keputusan
Dalam masa tiga hingga lima minit, dua garisan warna akan muncul. Jangan membaca keputusan setelah lebih dari sepuluh minit.
Untuk menentukan keputusan anda, bandingkan keamatan warna, terang atau gelap warna garisan , jalur ujian utk test line. Dalam menentukan hasil yang positif atau negatif, ia adalah penting untuk membandingkan keamatan warna, kerana ini akan menunjukkan sama ada atau tidak lonjakan LH (menunjukkan ovulasi) in progress.
1. Positif
Jika jalur ujian adalah sama warna atau lebih gelap drpd jalur kawalan, ini adalah keputusan yang positif dan petunjuk yang baik bahawa LH surge sdg berlaku.
2. Negatif
Jika jalur ujian lebih pudar (light) dari jalur kawalan atau tidak dapat dilihat, ini bermakna tahap LH sampel adalah pada atau berhampiran tahap basal (normal) dan menunjukkan LH surge tidak berlaku.
3. Keputusan tidak sah (Invalid)
Jika tiada jalur kawalan muncul dalam tempoh sepuluh minit, keputusan ujian adalah tidak sah dan harus diabaikan. Jalur kawalan tidak akan muncul jika jumlah spesimen yang tidak mencukupi ditambah ke dalam kit ujian. Prosedur yang betul mungkin tidak diikuti dalam melaksanakan ujian. Ulangi dengan kit ujian baru.
Bagaimana jika kitaran haid anda tidak teratur?
Sila catat tarikh dan ambil tahu kitaran anda untuk 6 bln ke belakang. Jika setiap kali datang haid, terdapat perbezaan lebih dari 3 hari, makanya ambil kitaran paling rendah di dalam tempoh tersebut, dan buat prosedur ujian mengikut jadual di atas.


