TTC DGN OPK

Mudahnya Guna OPK

Penentuan Sensitivity OPK

13/06/2021 Ovulation Test (OPK) 0

Jualan kami sejak 2009 hanyalah OPK 25miu/ml

Beberapa tahun lepas, sis tertengok satu forum, penanya screenshot iklan sis dan tanya mana ok OPK 10 ke 25miu/ml? Datanglah hamba Allah memberi komen berbunyi “of course la yg 10miu, pakai 25miu ni org low LH sampai bila² pun takkan jumpa +ve”. Aduhai, salah sgt pemahaman ni mommy🥺

Contoh bacaan OPK, once LH cecah 25miu, baru OPK bg bacaan +ve

Perlu difahami, hormon LH sentiasa ada dlm badan, jadi test line samar tu boleh dpt sepanjang masa, dan OPK bukan seperti UPT yg akan gelap hari demi hari. Anda mestilah test dengan konsisten untuk pastikan tidak terlepas keputusan +ve.

Level LH ikut fasa untuk 1 kitaran

Tak kira macam mana pun kitaran haid kita, wanita akan berovulasi di mid cycle phase. Bagi wanita yg kitaran normal contoh 28 hari, kita boleh spot +ve dengan mudah sbb level LH ikut fasa tu stabil. Dari follicular phase test line samar, mid cycle +ve test line gelap, then luteal phase jd samar semula. Semua ni boleh nampak dgn jelas dlm masa 3 hari shj.

Midcycle setiap wanita tak sama, ikut keadaan haid masing²

TAPI, tidak bagi wanita yang haid tak menentu dan kitaran lari², usaha yang lebih diperlukan. Jangan risau, tak kira macam mana pun kitaran anda, PCOS atau normal, kita hanya akan berovulasi selepas LH level mencecah 25miu/ml. Bermakna masa ni LH spike, dan OPK akan bg bacaan +ve menandakan anda menghampiri ovulasi. Usaha bersama pasangan (BD) bermula di sini, tak perlu kira tunggu 24 jam / 36 jam or tunggu peak (test line yg lebih gelap), kerana anda dah masuk fasa subur.

Low LH, haid tak datang, ovulasi tak berlaku.

So, pendapat yg mengatakan jika guna 25miu/ml OPK tidak membantu org yg low LH utk dpt +ve, itu tidak benar. Anda nak +ve ke, anda nak +ve yg diikuti dengan ovulasi?

Simptom low LH adalah haid yang tak datang selama berbulan², tapi ia hanya boleh dibuktikan dengan ujian darah. Kesimpulannya, jangan suka² defined anda sbg low LH person so kena dptkan 10miu/ml OPK. Kitaran haid boleh diperbaiki dengan diet yang sihat.

Like Jika Suka & Share Jika Bermanfaat ❤️
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.