PEMBELIAN PRODUK
Pembelian hanya boleh dibuat melalui Shopee & Tiktok sahaja, tiada order melalui medium lain. Kami buka kaedah pembayaran COD di kedua-dua platform untuk memudahkan pelanggan, mohon anda serius sebelum menekan butang pembelian. Ianya ibarat berakad setuju untuk membeli dan berjanji akan membayar secara tunai sebaik rider kurier membuat penghantaran ke tangan, bukannya suka-suka memilih untuk terima atau reject parcel atas apa juga alasan, bertukar fikiran dan sebagainya. Kami terpaksa menanggung kerugian asbab pemulangan parcel memandangkan item tersebut tidak akan dijual semula demi untuk menjaga kualiti. Mohon jangan aniaya peniaga kecil yang untung tak seberapa, kerana kami jual dengan harga rendah di samping perlu menanggung kos platform yang tinggi. Saya sangat hargai pelanggan-pelanggan yang baik budi bahasa sepanjang berurusan, semoga Allah SWT memberkati semua muamalat kita selama berurusan.
ADUAN BERKAITAN ORDER
Jika ada masalah berkaitan order, contoh berlaku kesilapan kuantiti, tersalah barang dan sebagainya, mohon chat kami di platform yang anda beli. Jika beli di Shopee, boleh message/chat di shopee. Kami akan berusaha pastikan tiada kerugian di pihak pembeli jika melibatkan kecuaian & kesilapan dari pihak kami.
KOMPLEN BERKAITAN PRODUK
Kami mengambil berat semua komplen terutama yang melibatkan kualiti produk. Jika ada sebarang masalah, ianya mestilah dibuktikan dengan jelas melalui video atau gambar, supaya kita dapat selesaikan dengan baik. CONTOH yang paling kerap terjadi adalah strip rosak atau bagi bacaan invalid. Saya perlu teliti video dari mula celup untuk kenalpasti masalah sebenar, dan kebiasaan memang salah step atau cara guna. Ianya bukan untuk cari salah siapa, tapi kami nak pelanggan puas hati dengan produk yang kami tawarkan.


