Ini adalah ikhtiar hamil dengan cara cari waktu subur, kaedah kita menanggar ovulasi (telur keluar), bagi memaksimumkan usaha untuk hamil. Fasa subur berlaku sekali sahaja dlm 1 kitaran haid. Dlm erti kata mudah, jika setiap bulan haid, setiap bulan ada waktu subur dan peluang untuk hamil. Tp jika 2 @ 3 bulan sekali haid, maka hanya sekali subur dlm tempoh ni.
Bagi wanita yg haid tak menentu, saat turunnya haid, kita takkan boleh agak cycle ni nak jadi macam mana. Menanda tarikh haid dalam menstrual apps sgt bagus sbb kita tak lupa rekod haid, TAPI bg yg mengalami kitaran tak menentu, anggaran ovulasi dan due period yg apps predict tu tak tepat. CONTOH anda set pusingan kitaran 30 hari, jadi semua kiraan akan default 30 hari. Cd30 anda belum haid tp test UPT -ve, dah susah hati. Hakikatnya anda mungkin belum ovulate pun masa tu♀️♂️